Thursday, July 28, 2011

Jawatankuasa Kerja Induk Majlis Konvokesyen Lawat Tapak Dewan Serbaguna

Jawatankuasa Kerja Induk Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke 11 telah dibawa melawat Dewan Serbaguna yang sedang dalam pembinaan pada 28 Julai lalu, diketuai oleh Tuan Haji Sulam Hamid, Pendaftar,UTHM.

Dewan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada akhir September 2011 menelan belanja sebanyak RM 30 juta dan setakat ini proses pembinaannya telah 72 peratus siap. Pembinaan dewan ini dijangka mengambil masa keseluruhan selama lapan bulan 10 hari.

Dewan Utama dijangka dapat menempatkan seramai 2500 orang manakala kawasan tingkat atas mampu memuatkan 500 orang dalam satu-satu masa.

Dewan ini juga dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti Bilik Santapan Diraja, Bilik Persalinan Diraja, Bilik Canselor dan Pro-Canselor.

Terdapat juga kemudahan lain seperti tempat letak kereta yang luas dan ruang menunggu untuk para ibu bapa serta tetamu yang hadir.





Profesor Dr. Maizam Kupas Tentang Ilmu Pengajaran dan Pembelajaran

Profesor Dr. Maizam Alias, Pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal telah menyampaikan syarahan pada Majlis Syarahan Perdana Siri 5/2011 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 28 Julai lalu.

Syarahan bertajuk ''Pedagogy and Adragogy: Does it Matter?'' memfokuskan tentang kepentingan bagi setiap pendidik untuk menguasai ilmu serta kemahiran pembelajaran dan pengajaran (P&P) ke arah mencapai sasaran P&P.

Beliau telah membincangkan tentang kesinambungan yang wujud antara teori pembelajaran dan pengajaran yang menjadi sumber rujukan kepada amalan pedagogi dan andragogi.

Dua teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran kognitif dan sosial-kognitif telah dibincang secara terperinci dan diselang selikan dengan aplikasi dalam penyelidikan P&P pengajian tinggi.

Profesor Dr. Maizam mengakhiri syarahan dengan memberi ulasan ringkas tentang instrumen pengukuran yang berkualiti kearah menjamin proses pengukuran dan penilaian yang mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan.

Profesor Dr. Abdul Aziz Dato’ Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),UTHM turut memberi ulasan tentang syarahan tersebut di akhir majlis.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Profesor Ir. Dr. Zainal Abidin Ahmad, Penolong Naib Canselor (Pembangunan), Tuan Haji Sulam Hamid, Pendaftar, Ahli-Ahli senat UTHM dan juga Dekan-Dekan Fakulti.

Kira-Kira 300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf-staf UTHM serta Institut Pendidikan Guru (IPG) Melaka menghadiri Majlis tersebut.


UTHM di akhbar - 28 Julai 2011


Varsiti Berita Harian - 28 Julai 2011

UTHM di akhbar 19 Julai 2011 - 27 Julai 2011


Utusan Malaysia - 27 Julai 2011



Utusan Malaysia - 25 Julai 2011



Berita Harian - 21 Julai 2011



New Straits Times - 19 Julai 2011

Tuesday, July 26, 2011

TUNKU MAHKOTA JOHOR SEMPURNAKAN MAJLIS ANUGERAH BINTANG,PINGAT DAN SIJIL DIRAJA PENGAKAP MALAYSIA 2011

BATU PAHAT - “Melalui penglibatan sebagai anggota Pengakap, ia dapat menjauhkan remaja dan anak muda daripada gejala negatif”, titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sijil DiRaja Anugerah Pengakap Raja di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 23 Julai lepas.

Tambah Tunku Ismail lagi, menyertai Pengakap berupaya menjadikan remaja masa kini mampu menangkis serangan negatif gejala sosial yang menyalahi moral, fizikal, dan tata susila masyarakat Malaysia.

Baginda turut mengingatkan hadirin terhadap titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam salah satu program Jambori Pengakap Johor, remaja masa kini mengalami krisis identiti yang boleh membawa kepada kehancuran moral.

Melalui penglibatan sebagai anggota pengakap, gejala ini akan dapat diatasi dengan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh persatuan ini seperti bersemangat patriotik, jujur, dan menghormati orang lain.

Majlis Penganugerahan Pengakap Raja adalah majlis pengiktirafan kepada ahli pengakap yang memberikan komitmen penuh kepada pertubuhan dan banyak menyumbang jasa bakti kepada pengakap di negara ini.

Pengakap Raja adalah kelulusan ujian kepandaian tertinggi bagi ahli pengakap melalui satu sistem penilaian Lembaga Pentarafan Pengakap Raja berdasarkan skema yang ditetapkan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Seramai 251 anggota Pengakap menerima anugerah, iaitu 59 orang penerima Bintang dan Pingat dan 192 orang penerima Sijil DiRaja.

Sijil Pengakap ini ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Duli-Duli Sultan dan Raja-Raja di Malaysia

Ketua Pengakap Negara, Dato’ Seri Paduka Dr. Haji Shafie Haji Mohd Salleh dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM, Profesor Dr. Abdul Aziz bin Dato' Abdul Samad selaku wakil rasmi Naib Canselor turut hadir ke majlis ini.

Sunday, July 24, 2011

Masih Dalam Proses Berpindah..

Unit Perhubungan Awam sedang dalam proses berpindah daripada Bangunan A1 ke tingkat 5,Bangunan Perpustakaan. Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan untuk menghubungi kami. Apapun, anda semua masih boleh berurusan dengan pihak kami melalui no ini 07-4537026 @ 4537029..atau terus ke talian mudah alih staff kami.

Wednesday, July 20, 2011

UTHM TUAN RUMAH PENGANUGERAHAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAN SIJIL DIRAJA ANUGERAH PENGAKAP RAJA 2011.


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menjadi tuan rumah untuk Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Pengakap Malaysia (PPM) serta Sijil Diraja Anugerah Pengakap Raja 2011 pada 23 Julai ini bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

Tunku Mahkota Johor, Duli yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berkenan mencemar duli untuk hadir menyempurnakan majlis ini.

Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, dan Ketua Pengakap Negara, Dato’ Seri Paduka Dr. Haji Shafie Haji Mohd Salleh, serta Naib Canselor UTHM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, dijangka turut hadir ke majlis ini.

Majlis Penganugerahan Pengakap Raja adalah majlis pengiktirafan kepada ahli pengakap yang memberikan komitmen penuh kepada pertubuhan dan banyak menyumbang jasa bakti kepada pengakap di negara ini. Seramai 250 anggota Pengakap akan terlibat di dalam penganugerahan kali ini.

Pengakap Raja adalah kelulusan ujian kepandaian tertinggi bagi ahli pengakap melalui satu sistem penilaian Lembaga Pentarafan Pengakap Raja berdasarkan skema yang ditetapkan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sijil Pengakap ini akan ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Duli-Duli Sultan dan Raja-Raja di Malaysia

Tuesday, July 19, 2011

UTHM Sambut Rombongan Daripada 2 buah Sekolah

Hari ini kami menyambut rombongan daripada 2 buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Kota, Yong Peng dan Sekolah Menengah Vokasional Segamat.

Pengawas Perpustakaan SK Taman Seri Kota tengah dengar taklimat...
Seronok melayan gelagat pengawas-pengawas cilik yang begitu teruja melihat keadaan sekitar, di dalam dan di luar perpustakaan.Mula-mula mereka agak malu-malu bertanya soalan tetapi bila sudah dapat membiasakan diri, mereka pun mula meneroka sambil mula bertanya itu dan ini.

Rombongan dari sekolah menengah vokasional...
Semuanya pelajar lelaki, bakal-bakal jurutera ni. Memang boleh nampak kesungguhan mereka mendengar taklimat dan meninjau keadaan sebenar makmal Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, UTHM.

Pelajar-pelajar tersebut tidak melepaskan peluang untuk menyentuh rekaan hasil ciptaan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, UTHM.

Monday, July 18, 2011

Unit Perhubungan Awam Akan Berpindah Ke Bangunan Perpustakaan

Unit Perhubungan Awam yang kini bertempat di bangunan A1, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan berpindah ke tingkat 5, Bangunan Perpustakaan.

Bangunan Perpustakaan ini memang menjadi kebanggaan universiti kerana struktur dan rekaannya yang unik. Seronok juga dapat lihat pemandangan sekitar universiti daripada tingkat 5 tu nanti..

Nampaknya mulai minggu ini semua staff akan sibuk mengemas barang. Memang agak sedih untuk tinggalkan pejabat sekarang tapi kami akur dan sentiasa bersedia. Selamat tinggal bangunan A1..

Monday, July 11, 2011

UTHM di akhbar - 11 Julai 201


Harian Metro - 11 Julai 2011



Berita Harian - 11 Julai 2011


Berita Harian - 11 Julai 2011



Sinar Harian - 11 Julai 2011

Sunday, July 10, 2011

UTHM di akhbar - 10 Julai 2011


Mingguan Malaysia - 10 Julai 2011



Mingguan Malaysia - 10 Julai 2011



Berita Minggu - 10 Julai 2011



Berita Harian, Sinar Harian - 10 Julai 2011


The Star - 10 Julai 2011




Sinar Harian - 10 Julai 2011



Sinar Harian - 10 Julai 2011



KOSMO! - 10 Julai 2011



Berita Harian - 10 Julai 2011



KOSMO! - 10 Julai 2011

UTHM di akhbar - 7 - 8 Julai 2011


New Strait Times - 8 Julai 2011


Berita Harian - 8 Julai 2011



Berita Harian - 8 Julai 2011



KOSMO! - 7 Julai 2011

Wednesday, July 6, 2011

UTHM di akhbar - 6 Julai 2011


Harian Metro - 6 Julai 2011


KOSMO! - 6 Julai 2011



Utusan Malaysia - 6 Julai 2011



Sinar Harian - 6 Julai 2011



Berita Harian -6 Julai 2011

UTHM di akhbar - 1 Julai 2011 - 5 Julai 2011


KOSMO! - 5 Julai 2011


Berita Harian - 5 Julai 2011


KOSMO!- 2 Julai 2011


KOSMO! - 2 Julai 2011

KOSMO! - 1 Julai 2011

Tuesday, July 5, 2011

UTHM di akhbar - 24 Jun 2011- 30 Jun 2011


Utusan Malaysia - 24 Jun 2011




Berita Harian - 27 Jun 2011



Berita Harian- 27 Jun 2011





Utusan Malaysia - 29 Jun 2011



Berita Harian - 30 Jun 2011


Sinar Harian - 30 Jun 2011



Berita Harian - 30 Jun 2011



Sinar Harian - 30 Jun 2011