Tuesday, December 3, 2013
Friday, November 29, 2013
Naib Canselor UTHM terima anugerah Profesor Emeritus
Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Majlis Konvokesyen UMS Ke-15 yang telah diadakan di UMS baru-baru ini.
Anugerah tersebut diberikan bagi mengiktiraf sumbangan, jasa dan kepimpinan beliau sebagai salah seorang tokoh yang menerajui kepimpinan UMS dan pembangunan pendidikan di Negeri Sabah amnya.
Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains khususnya fizik merupakan Mantan Naib Canselor UMS yang mentadbir UMS dari tahun 2005 sehingga 2008. Beliau mula berkhidmat sebagai Profesor di UMS pada tahun 1995 dan telah dilantik sebagai Dekan pertama Sekolah Sains dan Teknologi pada tahun yang sama. Pada pertengahan 1998, beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UMS. Sejak berkhidmat bersama UMS tokoh akademik lulusan Ph.D dari Imperial College, Universiti London, ini telah banyak menyumbang khidmat baktinya kepada UMS.
Beliau memulakan perkhidmatannya di UMS dengan dilantik sebagai Profesor dalam bidang Fizik dan sebagai Dekan pertama Sekolah Sains dan Teknologi. Pada tahun 2000, beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UMS yang pertama. Seterusnya sebagai Naib Canselor UMS yang kedua pada tahun 2005.
Tarikh: 25 November 2013
Dikeluarkan oleh:
SHAFRY BIN SALIM
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4537025 07-4536548

Wednesday, November 27, 2013
SISPA UTHM Erat Silaturrahim PKS dan Pegawai
Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra yang berkonsepkan santai bertempat di Dewan Terbuka UTHM telah berlangsung dengan meriah baru-baru ini.
Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Majlis turut dihadiri oleh Kolonel Kehormat (PA) Prof. Dr. Jailani bin Md. Yunos, Komandan SISPA, PPj (PA) Roslan bin Wahab, Pengarah Pengurusan Angkatan JPAM, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Ishak bin Baba, Timbalan Komandan (Akademik & Operasi), Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr. Md Nor Ramdon bin Baharom, Timbalan Komandan (Pentadbiran), wakil Pengarah Pertahanan Awam Johor, Pegawai Pertahanan Awam Batu Pahat, Pegawai-Pegawai Bersekutu SISPA, Ketua Jurulatih SISPA dan Pegawai Tauliah SISPA.
Seramai 300 PKS SISPA hadir dalam majlis tersebut. Tujuan Majlis tersebut diadakan bagi mewujudkan silaturrahim antara PKS SISPA 1 hingga 6 dan Pegawai Bersekutu, Pegawai Tauliah dan pihak JPAM IPPA, Negeri serta Daerah. Disamping itu juga , PKS SISPA 1 dapat mengenali dan menyertai sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan oleh Pejabat SISPA untuk memenuhi tuntutan universiti dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum.
Komandan SISPA dalam ucapannya mengingatkan para pelajar bahawa kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dari SISPA merupakan salah satu pembelajaran sepanjang hayat yang perlu dihayati oleh setiap pelajar.
Majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra Pegawai Bersekutu bersama pelajar SISPA UTHM serta sesi soal jawab antara pelajar dan beberapa orang pegawai kanan SISPA. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim menegaskan bahawa SISPA UTHM merupakan badan beruniform UTHM yang teraktif dan terserlah di antara badan-badan beruniform di UTHM. Dalam majlis tersebut beliau turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Alumni SISPA manakala Majlis pemakaian pangkat PKS SISPA pula telah disempurnakan oleh Kolonel Kehormat (PA) Prof. Dr. Jailani bin Md. Yunos dan PPj (PA) Roslan bin Wahab. Majlis juga memperkenalkan barisan Majlis Perwakilan SISPA UTHM sesi 2013/2014.

Tuesday, November 19, 2013
UTHM unggul di Kejohanan Kanu Kebangsaan Melaka 2013
UTHM unggul di Kejohanan Kanu
Kebangsaan Melaka 2013
Dua gandingan Mohd. Azizan bin Ismail
dan Abdullah bin Mat Nawi serta gandingan Norhafizan bin Nezere dan Nur Jannah
binti Muhamad mengungguli acara TK2 - Lelaki 200 meter serta TK2 – Campuran 200
meter apabila berjaya memenangi pingat emas bagi Pasukan Kayak UTHM di
Kejohanan Kanu Kebangsaan Melaka 2013 yang berlangsung pada 31 Oktober hingga
03 November 2013 bertempat di Taman
Rekreasi Air, Ayer Keroh, Melaka. Mohd. Azizan bin Ismail juga turut
mengungguli acara perseorangan bagi acara TK1 – Lelaki 200 meter dan berjaya
memenangi pingat emas.
Pingat
perak juga dimenangi oleh atlit kayak perseorangan UTHM Mohamad Syahid bin Mohammad
Saad bagi acara TK1 – Lelaki 200 meter dan Nur Jannah binti
Muhamad bagi acara TK1 – Wanita 200 meter pada kejohanan tersebut. Gandingan
Muhammad Faiz bin Rahim dan Muhammad Syafiq bin Shahron serta gandingan
Nurfarhanim binti Harun dan Siti Afifah binti Abdul Rahman turut mengungguli
pingat perak bagi acara TK2 – Lelaki serta TK2 – Wanita 200 meter.
Pasukan Kayak UTHM Paddlers juga
berjaya memenangi 1 pingat gangsa dalam acara TK1 – Lelaki 200 meter melalui
atlit perseorangan Muhammad Syafiq bin Shahron.
Kejohanan Kanu Kebangsaan Melaka
2013 merupakan program anjuran Jabatan
Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Kanu Malaysia (MASCA)
dan disertai oleh 7 buah pasukan IPT tempatan dan 8 pasukan negeri. Kejohanan
ini adalah salah satu persiapan untuk Kejohanan SUKMA 2014 dan Kejohanan Sukan
Air MASUM 2014 serta kejohanan – kejohanan utama yang lain.
Pegawai pengiring
Pasukan Kayak UTHM, Encik Mohd Safiee bin Idris menyatakan bahawa UTHM telah
menghantar 16 orang atlit yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 6 wanita ke
kejohanan ini. Mereka telah menyertai tujuh acara yang dipertandingkan di
kejohanan ini.
Pencapaian
tiga pingat emas, empat pingat perak dan satu pingat gangsa ini telah melepasi sasaran
dua pingat emas. Pasukan Kayak UTHM juga bertuah kerana berjaya memenangi Piala
Juara Keseluruhan bagi pasukan IPT dengan mengumpul 74 mata keseluruhannya.
Kemenangan
ini juga merupakan pencetus semangat Pasukan Kayak UTHM terutamanya atlit-atlit
pelapis yang baru dalam memburu kejuaraan pada Karnival Sukan Air MASUM 2014
akan datang.
Dikeluarkan oleh:
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025
UTHM Raih 19 Pingat dalam PECIPTA 2013
UTHM Raih 19
Pingat dalam PECIPTA 2013
Hasil penyelidikan
dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima
pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi tiga pingat
emas, tujuh pingat perak dan sembilan pingat gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan
Ciptaan Institusi Pengajiaan Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013) yang
berlangsung pada 07 hingga 09 November
lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Sebanyak 20 produk UTHM telah dipertandingkan dalam program dwi tahunan
ini dan telah meraih 3 pingat emas
melalui hasil penyelidikan oleh Profesor Madya Dr. Yusri bin Yusoff dengan
produk AN APPARATUS FOR EXTRACTION OF
LEAF FIBRE (PALF M1), Profesor Madya
Dr. Badrul bin Omar dengan produk FUZZY-CONCEPT
dan melalui hasil
penyelidikan Dr Soon Chin Fhong, AN INTEGRATED SYSTEM FOR MEASUREMENT AND
MAPPING OF SINGLE CELL TRACTION FORCE.
Lebih membanggakan lagi, dua produk dari
UTHM melalui produk Profesor Madya Dr Yusri bin Yusof telah menerima Anugerah khas International Intellectual
Property Forum (IIPF) dan produk Profesor Madya Dr Anika Zafiah bt Mohd Rus
telah menerima Anugerah Khas Korea
Invention News melalui produk beliau : ECO-SMART MONOMER CONVERTER (ECO-SMOC).
PECIPTA 2013 yang
merupakan kali ketujuh penganjurannya telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan
II, YB. Dato' Seri Idris bin Jusoh pada 07
November 2013. Pertandingan pada kali ini telah dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu Kategori Terbuka, Kategori Pengkomersilan dan Kategori Penyelidik Muda telah
menarik minat hampir 480 produk penyelidikan dan inovasi dari peserta-peserta daripada Institusi Pengajian
Tinggi Awam dan Swasta. Sebanyak tujuh
penyertaan dari luar negara juga telah turut serta dalam PECIPTA 2013 ini.
Penglibatan UTHM
dalam program ini jelas membawa impak yang besar kepada para penyelidik bila mana
pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan
kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan
hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklu mbalas yang diterima
serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama
pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM.
Tahniah dan syabas
diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam
Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajiaan Tinggi Antarabangsa
(PECIPTA 2013).
BERIKUT SENARAI NAMA PENYELIDIK
SENARAI PESERTA
PERSIDANGAN
DAN ESKPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA (PECIPTA 2013)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
NAMA PENYELIDIK
|
NAMA PRODUK
|
FAKULTI
|
PENCAPAIAN
|
PM Dr Badrul Bin Omar
|
Fuzzy-Concept
|
FKMP
|
EMAS
|
PM Dr. Yusri Bin Yusof
|
An Apparatus For Extraction Of
Leaf Fibre (Palf M1)
|
FKMP
|
EMAS
|
Dr. Soon Chin Fhong
|
An Integrated System For
Measurement And Mapping Of Single Cell Traction Force
|
FKEE
|
EMAS
|
PM Dr Mohd Irwan
Bin Juki
|
Ring Type Of Waste
Polyethylene Terephthalates Bottle (Rpet) Fibr
|
FKAAS
|
PERAK
|
PM Dr Muhammad
Yusof Bin Ismail
|
Miniaturized Paper
Based Substrate Antenna For Automotive Systems
|
FKEE
|
PERAK
|
PM Dr Anika Zafiah
Bt Mohd Rus
|
Eco-Degradable
Renewable Polymer
|
FKMP
|
PERAK
|
PM Dr Anika Zafiah
Bt Muhd Rus
|
Eco-Smart Monomer
Converter (Eco-Smoc)
|
FKMP
|
PERAK
|
Dr.Goh Kai Chen
|
Hybrid Multi
Criteria Decision Making In Wide-Area
Energy Management System
|
FPTP
|
PERAK
|
Dr.Shahreen bte
Kasim
|
Multingual
Phrasebook for Android
|
FSKTM
|
PERAK
|
Dr Aeslina bt Abdul
Kadir
|
Recyling Cigaretle
Butts (Cbs) Into Fired Clay Bricks (Cb Bricks)
|
FKAAS
|
PERAK
|
En. Mohd Ezree Bin
Abdullah
|
Green Pavement
Technology Incorporating Nanoclay Modified Asphalt Binder
|
FKAAS
|
GANGSA
|
Dr Norzila Bte
Othman
|
Enviro Sorbent For
Heavy Metal Removal
|
FKAAS
|
GANGSA
|
PM Dr Nafarizal Bin
Nayan
|
Nano-Cuo: Highly Sensitive
And Low Power Voc Sensor
|
FKEE
|
GANGSA
|
Dr Siti Zarina bte
Mohd Muji
|
Versatile Optical
Learner
|
FKEE
|
GANGSA
|
Dr. Mohd. Khairul
Bin Ahmad
|
Nanostructures
Dye-Sensitized Solar Cell
|
FKEE
|
GANGSA
|
PM Dr. Badrul Bin
Omar
|
Sim-Lhp
|
FKMP
|
GANGSA
|
Dr.Shahreen Bte
Kasim
|
Multi Stage
Filtering-Clustering Functional Annotation
|
FSKTM
|
GANGSA
|
Cik Faten Azmira
Bte Zakaria
|
Daily Calorie
Manager
|
FSKTM
|
GANGSA
|
En. Mohamad Aizi
Bin Salamat
|
Wayfinding
Application Using Dijkstra Algorithm
|
FSKTM
|
GANGSA
|
Pn.Suriawati Bt Suparjoh
|
Halal Product
Tracking System Based On Qr Code
|
FSKTM
|
-
|
Dikeluarkan
oleh:
SHAFRY BIN SALIM
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
'07-4537025 707-4536548
Subscribe to:
Posts (Atom)