Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri
Edisi Ke-4, 2013 telah berlangsung pada 15 September 2013 hingga 20 September
2013 di Dataran Pahlawan Melaka, Megamall. Kejohanan ini merupakan anjuran bersama
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).
Kejohanan ini bertujuan memupuk nilai-nilai jati diri kepada generasi muda ke arah
penghayatan waja diri sebagai pembinaan sahsiah
individu. Program ini juga merupakan medium bagi penambahbaikan dari segi
pembangunan Sukan Pencak Silat dan menyambung tradisi melayu.
Penyertaan peserta adalah daripada peserta IPTA dalam Negara dan
IPTA luar Negara. Secara keseluruhan, sebanyak 25 IPTA di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menyertai kejohanan dengan bilangan peserta seramai 439
orang. Manakala, penyertaan
IPTA luar Negara seramai 16 IPTA terdiri daripada 8 buah negara iaitu Negara Malaysia,
Thailand, Vietnam, Singapura, Brunei, Indonesia, Yaman dan Bangladesh dengan
jumlah penyertaan seramai 237 orang.
Kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan ini terdiri
daripada 6 iaitu Kategori Silat Olahraga Putra dan Putri IPTA dalam dan luar
negara, Kategori
Silat Seni Puta dan Putri (Jurus Tunggal, Jurus Ganda , Jurus Regu dan Solo
Kreatif) IPTA dalam dan luar Negara dan Silat Olahraga Remaja Putra dan Putri. Secara keseluruhan , jumlah
penyertaan adalah seramai 574
penyertaan. Manakala, bagi kategori silat
olahraga yang
dipertandingkan adalah sebanyak 300 ‘games’ dan kategori silat seni yang
dipertandingkan adalah sebanyak 98 ‘games’.
Azli bin Puddin
Pengurus Sukan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia