Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Athlone Institute of Technology (AIT) Ireland melakar lembaran
baru dalam bidang kerjasama penyelidikan apabila menubuhkan sebuah pusat penyelidikan bersama yang diberi nama UTHM – AIT Joint Research Centre. Terletak di bangunan baru MiNT- SRC, UTHM – AIT Joint Research Centre telah dilancarkan penubuhannya secara rasmi oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh bin Dalimin, Naib Canselor UTHM dan Prof. Ciarán Ó Catháin, Presiden AIT pada 10 Oktober 2013 yang lalu. Persefahaman untuk mewujudkan sebuah pusat penyelidikan yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua buah universiti ini telah dicapai melalui siri perbincangan yang telah diadakan sebelum ini.
Melalui penubuhan UTHM-AIT Joint Research Centre ia secara langsung dapat mempertingkatkan kerjasama
penyelidikan dan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua buah universiti ini walaupun dari segi lokasi ia dipisahkan oleh jarak yang jauh dan benua yang berbeza. UTHM juga amat berbesar hati apabila AIT menyatakan hasrat untuk menghantar para penyelidik dalam bidang yang berkaitan ke pusat penyelidikan ini bagi menjalankan penyelidikan bersama penyelidik UTHM. Para penyelidik UTHM diharapkan agar dapat memanfaatkan sepenuhnya penubuhan UTHM – AIT Joint Research Centre bagi melonjakkan lagi bidang R&D UTHM di pentas dunia. |
Tuesday, October 22, 2013
UTHM-AIT Perkukuh Kerjasama Penyelidikan Melalui ‘UTHM-AIT Joint Research Centre’
Thursday, October 17, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)