UTHM Raih 19
Pingat dalam PECIPTA 2013
Hasil penyelidikan
dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima
pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi tiga pingat
emas, tujuh pingat perak dan sembilan pingat gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan
Ciptaan Institusi Pengajiaan Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013) yang
berlangsung pada 07 hingga 09 November
lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Sebanyak 20 produk UTHM telah dipertandingkan dalam program dwi tahunan
ini dan telah meraih 3 pingat emas
melalui hasil penyelidikan oleh Profesor Madya Dr. Yusri bin Yusoff dengan
produk AN APPARATUS FOR EXTRACTION OF
LEAF FIBRE (PALF M1), Profesor Madya
Dr. Badrul bin Omar dengan produk FUZZY-CONCEPT
dan melalui hasil
penyelidikan Dr Soon Chin Fhong, AN INTEGRATED SYSTEM FOR MEASUREMENT AND
MAPPING OF SINGLE CELL TRACTION FORCE.
Lebih membanggakan lagi, dua produk dari
UTHM melalui produk Profesor Madya Dr Yusri bin Yusof telah menerima Anugerah khas International Intellectual
Property Forum (IIPF) dan produk Profesor Madya Dr Anika Zafiah bt Mohd Rus
telah menerima Anugerah Khas Korea
Invention News melalui produk beliau : ECO-SMART MONOMER CONVERTER (ECO-SMOC).
PECIPTA 2013 yang
merupakan kali ketujuh penganjurannya telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan
II, YB. Dato' Seri Idris bin Jusoh pada 07
November 2013. Pertandingan pada kali ini telah dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu Kategori Terbuka, Kategori Pengkomersilan dan Kategori Penyelidik Muda telah
menarik minat hampir 480 produk penyelidikan dan inovasi dari peserta-peserta daripada Institusi Pengajian
Tinggi Awam dan Swasta. Sebanyak tujuh
penyertaan dari luar negara juga telah turut serta dalam PECIPTA 2013 ini.
Penglibatan UTHM
dalam program ini jelas membawa impak yang besar kepada para penyelidik bila mana
pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan
kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan
hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklu mbalas yang diterima
serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama
pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM.
Tahniah dan syabas
diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam
Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajiaan Tinggi Antarabangsa
(PECIPTA 2013).
BERIKUT SENARAI NAMA PENYELIDIK
SENARAI PESERTA
PERSIDANGAN
DAN ESKPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA (PECIPTA 2013)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
NAMA PENYELIDIK
|
NAMA PRODUK
|
FAKULTI
|
PENCAPAIAN
|
PM Dr Badrul Bin Omar
|
Fuzzy-Concept
|
FKMP
|
EMAS
|
PM Dr. Yusri Bin Yusof
|
An Apparatus For Extraction Of
Leaf Fibre (Palf M1)
|
FKMP
|
EMAS
|
Dr. Soon Chin Fhong
|
An Integrated System For
Measurement And Mapping Of Single Cell Traction Force
|
FKEE
|
EMAS
|
PM Dr Mohd Irwan
Bin Juki
|
Ring Type Of Waste
Polyethylene Terephthalates Bottle (Rpet) Fibr
|
FKAAS
|
PERAK
|
PM Dr Muhammad
Yusof Bin Ismail
|
Miniaturized Paper
Based Substrate Antenna For Automotive Systems
|
FKEE
|
PERAK
|
PM Dr Anika Zafiah
Bt Mohd Rus
|
Eco-Degradable
Renewable Polymer
|
FKMP
|
PERAK
|
PM Dr Anika Zafiah
Bt Muhd Rus
|
Eco-Smart Monomer
Converter (Eco-Smoc)
|
FKMP
|
PERAK
|
Dr.Goh Kai Chen
|
Hybrid Multi
Criteria Decision Making In Wide-Area
Energy Management System
|
FPTP
|
PERAK
|
Dr.Shahreen bte
Kasim
|
Multingual
Phrasebook for Android
|
FSKTM
|
PERAK
|
Dr Aeslina bt Abdul
Kadir
|
Recyling Cigaretle
Butts (Cbs) Into Fired Clay Bricks (Cb Bricks)
|
FKAAS
|
PERAK
|
En. Mohd Ezree Bin
Abdullah
|
Green Pavement
Technology Incorporating Nanoclay Modified Asphalt Binder
|
FKAAS
|
GANGSA
|
Dr Norzila Bte
Othman
|
Enviro Sorbent For
Heavy Metal Removal
|
FKAAS
|
GANGSA
|
PM Dr Nafarizal Bin
Nayan
|
Nano-Cuo: Highly Sensitive
And Low Power Voc Sensor
|
FKEE
|
GANGSA
|
Dr Siti Zarina bte
Mohd Muji
|
Versatile Optical
Learner
|
FKEE
|
GANGSA
|
Dr. Mohd. Khairul
Bin Ahmad
|
Nanostructures
Dye-Sensitized Solar Cell
|
FKEE
|
GANGSA
|
PM Dr. Badrul Bin
Omar
|
Sim-Lhp
|
FKMP
|
GANGSA
|
Dr.Shahreen Bte
Kasim
|
Multi Stage
Filtering-Clustering Functional Annotation
|
FSKTM
|
GANGSA
|
Cik Faten Azmira
Bte Zakaria
|
Daily Calorie
Manager
|
FSKTM
|
GANGSA
|
En. Mohamad Aizi
Bin Salamat
|
Wayfinding
Application Using Dijkstra Algorithm
|
FSKTM
|
GANGSA
|
Pn.Suriawati Bt Suparjoh
|
Halal Product
Tracking System Based On Qr Code
|
FSKTM
|
-
|
Dikeluarkan
oleh:
SHAFRY BIN SALIM
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
'07-4537025 707-4536548