Hari ini kami menyambut rombongan daripada 2 buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Kota, Yong Peng dan Sekolah Menengah Vokasional Segamat.
Seronok melayan gelagat pengawas-pengawas cilik yang begitu teruja melihat keadaan sekitar, di dalam dan di luar perpustakaan.Mula-mula mereka agak malu-malu bertanya soalan tetapi bila sudah dapat membiasakan diri, mereka pun mula meneroka sambil mula bertanya itu dan ini.
Semuanya pelajar lelaki, bakal-bakal jurutera ni. Memang boleh nampak kesungguhan mereka mendengar taklimat dan meninjau keadaan sebenar makmal Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, UTHM.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.