Sunday, April 8, 2012

Ketua EMC UTHM dapat pengiktirafan antarabangsa


Ketua Pusat Keserasian Elektromagnet (EMCcenter) Prof. Dr Mohd Zarar bin Mohd Jenu mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya mendapat persijilan "Certified Electromagnetic Compatibility Engineer" dari International Association for Radio, Telecommunications and Electromagnetics (iNarte) yang beribu pejabat di Amerika Syarikat pada 13 Mac 2012 yang lalu.

Pengiktirafan itu diberikan setelah beliau lulus ujian yang mengambil masa selama 8 jam dan menunjukkan bukti pengalaman profesional sekurangnya 9 tahun dalam EMC serta kelayakan akademik yang cemerlang khususnya dalam bidang keserasian elektromagnetik.

Pada ketika ini, beliau adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan berprestij tersebut. Persijilan iNarte menjadi idaman mereka yang terlibat dalam bidang EMC kerana ia adalah testimoni kepada kompetensi teori dan praktikal yang dimiliki.

Pengiktirafan tersebut akan meningkatkan imej EMCcenter serta UTHM dalam menawarkan perkhidmatan pengujian, perundingan, penyelidikan dan latihan dalam EMC. Adalah diharapkan dengan pengiktirafan ini beserta dengan usaha untuk mendapatkan pensijilan ISO/IEC 17025:2005 yang sedang giat dijalankan, EMCcenter akan menjadi pusat rujukan utama dalam EMC dan Elektromagnet di negara ini dan peringkat antarabangsa.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.