Untuk menghidupkan Ramadan bulan yang mulia bagi umat Islam ini, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengadakan beberapa program melibatkan pelajar
termasuk pelajar antarabangsa dan
masyarakat setempat di sepanjang bulan ini.
Seperti tahun-tahun sebelumnya,UTHM melalui Pusat Islam melaksanakan program pemberian bubur lambuk secara percuma kepada pelajar dan kakitangan UTHM setiap hari Rabu di sepanjang bulan Ramadan.
Seperti tahun-tahun sebelumnya,UTHM melalui Pusat Islam melaksanakan program pemberian bubur lambuk secara percuma kepada pelajar dan kakitangan UTHM setiap hari Rabu di sepanjang bulan Ramadan.
Penyediaan bubur lambuk ini dimulakan
seawal jam 8 pagi lagi dan diuruskan oleh urusetia yang terdiri daripada 60
kakitangan UTHM yang dilantik oleh Pusat Islam. Seribu bungkus bubur lambuk
dapat dihasilkan melalui aktiviti gotong royong beramai-ramai dan pengagihan
juadah ini mula dijalankan sekitar pukul 4.00 petang.
Sementara itu, Pusat Islam juga mengadakan program berbuka puasa di Masjid UTHM khusus untuk pelajar dan kakitangan universiti setiap hari pada bulan ini. Menurut Pengarah Pusat Islam, Profesor Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus, pada tahun ini pihaknya menyediakan makanan berbuka puasa untuk 600 orang jemaah setiap hari.

Program
berbuka puasa tersebut disusuli dengan program solat sunat tarawih. Pusat Islam
juga turut mengimarahkan lagi masjid universiti dengan mengadakan program
seperti berikut:
1. 7 Ogos 2012, Majlis Khatam Al-Quran dan
Ceramah Nuzul Quran akan diadakan di Masjid. Ceramah akan disampaikan oleh YAA
Hj. Amir Danuri, Ketua Hakim Syarie Johor.
2. 11 Ogos 2012, Majlis Iftar
Saudara-Saudara Baru Peringkat Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Agama Islam
Johor. Majlis akan dirasmikan oleh YB Dato’ Zainal Abidin Othman, Exco Agama
Johor, manakala ceramah akan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Nooh Gadot, Penasihat
Majlis Agama Islam Johor.
3. 14 Ogos 2012, Majlis Iftar Ramadan, MAIJ
bersama UTHM. Ceramah akan disampaikan oleh Sohibus Samahah Dato' Haji M.
Tahrir bin Dato' Kiyai Haji Samsudin, Mufti Negeri Johor.
4. Program mengimarahkan al-Quran dan
tazkirah pada setiap pagi Jumaat di Pusat Tanggungjawab (PTj) yang telah
ditetapkan.
Beberapa PTj dan Persatuan turut mengimarahkan masjid dengan majlis iftar seperti berikut:
I.
1
Ogos 2012, Pejabat Naib Canselor dengan Kelab Staf KASTURI
II.
2
Ogos 2012, Pasukan Beruniform RELA UTHM mengadakan majlis iftar dengan tetamu
utama Ketua RELA Negeri Johor
III.
8
Ogos 2012, Majlis Iftar ‘Setitis Syahdu Ramadhan’, anjuran Pejabat Hal Ehwal
Pelajar.
IV.
10
Ogos 2012, Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Pelajar Kursus Pengajian Islam
Pusat Pengajian Diploma dengan kerjasama Fakulti Sains Teknologi dan
Pembangunan Insan.
Pusat
Islam mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan daripada kakitangan
UTHM dan masyarakat luar dalam berbagai bentuk bagi menjayakan Program Ihya
Ramadan 1433H/2012. Semoga Allah membalas sumbangan tersebut dengan balasan
amal jariah yang berterusan.