Monday, August 1, 2011

Salam Ya Ramadan al-Mubarak....

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadan 1432H

Segala amalan baik di bulan Ramadan ini akan diberi ganjaran berlipat kali ganda dari bulan-bulan Hijrah yang lain. Di Bulan Ramadan ini juga terdapat malam-malam yang diberi keutamaan yang melebihi 1,000 bulan yang lain. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan ibadah seperti berzikir, solat sunah, membaca Al-Quran dan seumpama dengannya di bulan yang mulia ini. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta seluruh umat Islam.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji, jangan berteriak-teriak ( pertengkaran ), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan : " sesungguhnya saya sedang puasa" . Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya.
( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.