Monday, October 31, 2011

Majlis Pemakaian Hud Graduan Siswazah Rai Kejayaan Para Graduan




Majlis konvokesyen Ke-11 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) tahun ini mencatat sejarah yang tersendiri apabila buat pertama kalinya para graduan peringkat pasca siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) diraikan dalam satu majlis khas iaitu Majlis Pemakaian Hud Graduan Siswazah yang berlangsung pada 27 Oktober 2011.

Pada majlis tersebut, para penyelia graduan diberi penghormatan dan pengiktirafan untuk memakaikan hud para graduan di bawah seliaannya sebagai simbolik meraikan kejayaan mereka.

Pada tahun ini, lapan orang merupakan penerima Ijazah Doktor Falsafah manakala 164 lagi menerima Ijazah Sarjana.

Daripada jumlah tersebut, 58 orang graduan terdiri daripada graduan antarabangsa seperti dari Egypt, Indonesia, Iraq, Libya, Nigeria dan Pakistan. Sementara itu, seramai 28 orang penyelia utama terlibat dalam menyelia para pelajar mereka sehingga berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke 11,yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Canselor UTHM.

Upacara pemakaian hud ini telah disaksikan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato’ Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Profesor Dr. Rugayah Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Turut hadir di majlis ini adalah Pegawai-Pegawai Kanan universiti serta sebahagian anggota keluarga para graduan.



Tunku Mahkota Johor Rasmi Pesta Konvokesyen Ke-11 UTHM


Pesta Konvokesyen UTHM 2011 telah menerima kunjungan Diraja apabila Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli untuk berangkat menyempurnakan upacara perasmian yang berlangsung pada 27 Oktober lalu.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail yang juga merupakan Pro-Canselor UTHM telah berkenan untuk menekan alat kawalan jauh robot paintball ciptaan pelajar UTHM dan melepaskan tembakan sebagai simbolik perasmian majlis.

Pesta ini berlangsung selama lima hari bermula pada 27 hingga 31 Oktober bertempat di Padang Kawad Palapes UTHM dengan tema “Inovasi dan Masa Depan.”

Bagi memeriahkan sambutan pesta konvokesyen pada kali ini, UTHM telah mengatur beberapa aktiviti antaranya Autoshow, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Forum Perdana, Pertandingan Kompang Kelab Warisan, Malam Akar Budaya, Explorace Kelab Kembara, Senam Seni Satu Malaysia, Futsal dan Paintball, Karnival Memancing dan juga gerai-gerai jualan.

Pesta konvokesyen juga turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Black Mentor, Azlan The Typewriter dan juga Mamat Raja Lawak. Mereka akan muncul pada peringkat akhir program mencungkil bakat Battle of The Band Akustik.

Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, Pegawai Daerah Batu Pahat, YB. Dato’ Haji Abdul Razak Hassan dan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti turut hadir memeriahkan majlis. Warga universiti dan masyarakat setempat juga tidak melepaskan peluang untuk hadir menyaksikan upacara perasmian tersebut.

Thursday, October 20, 2011

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Eratkan Hubungan UTHM dengan Media


Dalam usaha menjalin hubungan yang erat di antara Universiti dan media massa, satu perlawanan bolasepak persahabatan antara Pasukan Veteran UTHM dan Kelab Media Johor telah dilangsungkan pada 15 Oktober yang lalu.

Perlawanan yang diaturkan oleh Unit Perhubungan Awam UTHM ini telah menyaksikan Pasukan Veteran UTHM telah berjaya menewaskan Kelab Media Johor dengan jaringan 3 -1. Gol-gol UTHM telah dijaringkan oleh saudara Abdul Halim Shah, Halim Sudin dan M. Najib Yakup.

Pasukan Kelab Media Johor ini disertai oleh wakil media yang beroperasi di negeri Johor seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM),TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Astro Awani, Bernama dan Kumpulan New straits Times (NST). Turut serta dalam pasukan Kelab Media Johor ini adalah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, Encik Soadi Mat Atar.

Perlawanan berlangsung dengan agak seimbang dan para penyokong kedua-dua belah pihak memberi sokongan dan sorakan yang berterusan di sepanjang perlawanan tersebut.






Sunday, October 16, 2011

UTHM di akhbar - 29 September, 2011

Berita Harian - 29 September, 2011

UTHM di akhbar - 22 September, 2011

Sinar Harian - 22 September, 2011

UTHM di akhbar - 21 September, 2011

Utusan Malaysia - 21 September, 2011

UTHM di akhbar - 21 September, 2011

Kosmo - 21 September, 2011

UTHM di akhbar - 20 September, 2011

Harian Metro - 20 September, 2011

UTHM di akhbar - 20 September, 2011

Harian Metro - 20 September, 2011

UTHM di akhbar - 17 September, 2011

Harian Metro - 17 September, 2011

UTHM di akhbar - 16 September 2011

Utusan Malaysia - 16 September, 2011

Sinar Harian - 16 September, 2011

New Straits Times - 16 September, 2011

UTHM di akhbar - 14 September, 2011

Utusan Malaysia - 14 September, 2011

UTHM di akhbar - 16 September, 2011

Kosmo - 16 September, 2011

UTHM di akhbar - 13 September, 2011

Sinar Harian - 13 September, 2011

UTHM di akhbar - September, 2011

Utusan Malaysia

UTHM di akhbar - 10 September, 2011

Sinar Harian - 10 September, 2011

UTHM di akhbar - September, 2011

Sinar Harian - 8 September, 2011

UTHM di akhbar - September, 2011

Berita Harian - 29 September, 2011

UTHM di akhbar - 17 Oktober 2011

Utusan Malaysia -17 Oktober, 2011

UTHM di akhbar - 14 Oktober, 2011

Sinar Harian - 14 Oktober, 2011

UTHM di akhbar - 13 Oktober, 2011

Harian Metro - 13 Oktober, 2011

UTHM di akhbar - 12 Oktober, 2011

Utusan Malaysia - 12 Oktober, 2011

Kosmo - 12 Oktober, 2011

UTHM di akhbar - 10 Oktober, 2011

Berita Harian - 10 Oktober, 2011

UTHM di akhbar - 11 Oktober, 2011

Sinar Harian - 11 Oktober, 2011

UTHM di akhbar - 08 Oktober, 2011

Utusan Malaysia - 8 Oktober, 2011

UTHM di akhbar - 10 Oktober, 2011


Utusan Malaysia - 10 Oktober, 2011

UTHM di akhbar - Oktober, 2011

UTHM di akhbar - 03 Oktober, 2011

Sinar Harian - 3 Oktober, 2011

Thursday, October 13, 2011

Profesor Ir. Dr. Haji Abas Perkenalkan Program Aeronautik di UTHM dan Rahsia Penerbangan Helikopter


Profesor Ir. Dr. Haji Abas Abdul Wahab, Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan telah menyampaikan syarahan pada Majlis Syarahan Perdana Siri 7/2011 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 11 Oktober lalu.

Syarahan bertajuk "UTHM Aeronautics and The Secret in Helicopter Flying" ini membincangkan tentang program Teknologi Kejuruteraan Aeronautik di UTHM dan juga mengenai rahsia penerbangan helikopter.

Di awal syarahan, Profesor Ir. Dr. Haji Abas telah memukau penonton dengan persembahan video menarik yang menyentuh tentang dunia penerbangan. Beliau turut menjelaskan secara ringkas tentang pendidikan Aerounatik di Malaysia.

Seterusnya, beliau menerangkan secara terperinci mengenai program Aeronautik yang ditawarkan oleh UTHM iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Profesional) dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Senggaraan Pesawat Terbang) juga dengan Kepujian.

Antara perkara yang disentuh ialah mengenai keunikan program tersebut, sejarah penubuhan dan pelaksanaan kedua-dua kursus ini di universiti, syarat kemasukan dan pemilihan pelajar, undang-undang dan peraturan yang telah digariskan dan kemudahan yang telah disediakan oleh universiti untuk program ini.

Di akhir syarahan, beliau turut memberi gambaran tentang asas penerbangan helikopter dan turut membandingkan corak penerbangannya dengan kapal terbang. Beliau juga menyentuh secara ringkas tentang penyelidikan yang sedang dilakukan oleh UTHM berkenaan isu-isu penerbangan.

Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),UTHM turut memberi ulasan tentang syarahan tersebut di akhir majlis.

Ahli Senat UTHM, Dekan-Dekan Fakulti dan kira-kira 350 orang penonton yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangan universiti hadir ke majlis tersebut.