Friday, November 29, 2013

Naib Canselor UTHM terima anugerah Profesor Emeritus

Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Majlis Konvokesyen UMS Ke-15 yang telah diadakan di UMS baru-baru ini.

Anugerah tersebut diberikan bagi mengiktiraf sumbangan, jasa dan kepimpinan beliau sebagai salah seorang tokoh yang menerajui kepimpinan UMS dan pembangunan pendidikan di Negeri Sabah amnya.

Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains khususnya fizik merupakan Mantan Naib Canselor UMS yang mentadbir UMS dari tahun 2005 sehingga 2008. Beliau mula berkhidmat sebagai Profesor di UMS pada tahun 1995 dan telah dilantik sebagai Dekan pertama Sekolah Sains dan Teknologi pada tahun yang sama.  Pada pertengahan 1998, beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UMS. Sejak berkhidmat bersama UMS tokoh akademik lulusan Ph.D dari Imperial College, Universiti London, ini telah banyak menyumbang khidmat baktinya kepada UMS.

Beliau memulakan perkhidmatannya di UMS dengan dilantik sebagai Profesor dalam bidang Fizik dan sebagai Dekan pertama Sekolah Sains dan Teknologi. Pada tahun 2000, beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UMS yang pertama. Seterusnya sebagai Naib Canselor UMS yang kedua pada tahun 2005.

Tarikh: 25 November 2013

Dikeluarkan oleh:

SHAFRY BIN SALIM
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4537025    07-4536548

Wednesday, November 27, 2013

SISPA UTHM Erat Silaturrahim PKS dan Pegawai

Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra yang berkonsepkan santai bertempat di Dewan Terbuka UTHM telah berlangsung dengan meriah baru-baru ini.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Majlis turut dihadiri oleh Kolonel Kehormat (PA) Prof. Dr. Jailani bin Md. Yunos, Komandan SISPA, PPj (PA) Roslan bin Wahab, Pengarah Pengurusan Angkatan JPAM, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Ishak bin Baba, Timbalan Komandan (Akademik & Operasi), Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr. Md Nor Ramdon bin Baharom, Timbalan Komandan (Pentadbiran), wakil Pengarah Pertahanan Awam Johor, Pegawai Pertahanan Awam Batu Pahat, Pegawai-Pegawai Bersekutu SISPA, Ketua Jurulatih SISPA dan Pegawai Tauliah SISPA.

Seramai 300  PKS SISPA hadir dalam majlis tersebut. Tujuan Majlis tersebut diadakan bagi mewujudkan silaturrahim antara PKS SISPA 1 hingga 6 dan Pegawai Bersekutu, Pegawai Tauliah dan pihak JPAM IPPA, Negeri serta Daerah. Disamping itu juga , PKS SISPA 1  dapat mengenali dan menyertai sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan oleh Pejabat SISPA untuk  memenuhi tuntutan universiti dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum.

Komandan SISPA dalam ucapannya mengingatkan para pelajar bahawa kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dari SISPA merupakan salah satu pembelajaran sepanjang hayat yang perlu dihayati oleh setiap pelajar.

Majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra Pegawai Bersekutu bersama pelajar SISPA UTHM serta sesi soal jawab antara pelajar dan beberapa orang pegawai kanan SISPA. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim menegaskan bahawa SISPA UTHM merupakan badan beruniform UTHM yang teraktif dan terserlah di antara badan-badan beruniform di UTHM. Dalam majlis tersebut beliau turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Alumni SISPA manakala Majlis pemakaian pangkat PKS SISPA pula telah disempurnakan oleh Kolonel Kehormat (PA) Prof. Dr. Jailani bin Md. Yunos dan PPj (PA) Roslan bin Wahab. Majlis juga memperkenalkan barisan Majlis Perwakilan SISPA UTHM sesi 2013/2014.

Tuesday, November 19, 2013

UTHM unggul di Kejohanan Kanu Kebangsaan Melaka 2013




UTHM unggul di Kejohanan Kanu Kebangsaan Melaka 2013

Dua gandingan Mohd. Azizan bin Ismail dan Abdullah bin Mat Nawi serta gandingan Norhafizan bin Nezere dan Nur Jannah binti Muhamad mengungguli acara TK2 - Lelaki 200 meter serta TK2 – Campuran 200 meter apabila berjaya memenangi pingat emas bagi Pasukan Kayak UTHM di Kejohanan Kanu Kebangsaan Melaka 2013 yang berlangsung pada 31 Oktober hingga 03 November 2013 bertempat di Taman Rekreasi Air, Ayer Keroh, Melaka. Mohd. Azizan bin Ismail juga turut mengungguli acara perseorangan bagi acara TK1 – Lelaki 200 meter dan berjaya memenangi pingat emas.

Pingat perak juga dimenangi oleh atlit kayak perseorangan UTHM Mohamad Syahid bin Mohammad Saad bagi acara TK1 – Lelaki 200 meter dan Nur Jannah binti Muhamad bagi acara TK1 – Wanita 200 meter pada kejohanan tersebut. Gandingan Muhammad Faiz bin Rahim dan Muhammad Syafiq bin Shahron serta gandingan Nurfarhanim binti Harun dan Siti Afifah binti Abdul Rahman turut mengungguli pingat perak bagi acara TK2 – Lelaki serta TK2 – Wanita 200 meter.

Pasukan Kayak UTHM Paddlers juga berjaya memenangi 1 pingat gangsa dalam acara TK1 – Lelaki 200 meter melalui atlit perseorangan Muhammad Syafiq bin Shahron.
Kejohanan Kanu Kebangsaan Melaka 2013 merupakan program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) dan disertai oleh 7 buah pasukan IPT tempatan dan 8 pasukan negeri. Kejohanan ini adalah salah satu persiapan untuk Kejohanan SUKMA 2014 dan Kejohanan Sukan Air MASUM 2014 serta kejohanan – kejohanan utama yang lain.

Pegawai pengiring Pasukan Kayak UTHM, Encik Mohd Safiee bin Idris menyatakan bahawa UTHM telah menghantar 16 orang atlit yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 6 wanita ke kejohanan ini. Mereka telah menyertai tujuh acara yang dipertandingkan di kejohanan ini.
Pencapaian tiga pingat emas, empat pingat perak dan satu pingat gangsa ini telah melepasi sasaran dua pingat emas. Pasukan Kayak UTHM juga bertuah kerana berjaya memenangi Piala Juara Keseluruhan bagi pasukan IPT dengan mengumpul 74 mata keseluruhannya.
Kemenangan ini juga merupakan pencetus semangat Pasukan Kayak UTHM terutamanya atlit-atlit pelapis yang baru dalam memburu kejuaraan pada Karnival Sukan Air MASUM 2014 akan datang.




Dikeluarkan oleh:
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025

UTHM Raih 19 Pingat dalam PECIPTA 2013



UTHM Raih 19 Pingat dalam PECIPTA 2013

Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi tiga pingat emas, tujuh pingat perak dan sembilan pingat gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajiaan Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013) yang berlangsung pada 07 hingga 09 November  lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Sebanyak 20 produk UTHM telah dipertandingkan dalam program dwi tahunan ini dan  telah meraih 3 pingat emas melalui hasil penyelidikan oleh Profesor Madya Dr. Yusri bin Yusoff dengan produk AN APPARATUS FOR EXTRACTION OF LEAF FIBRE (PALF M1),  Profesor Madya Dr. Badrul bin Omar dengan produk FUZZY-CONCEPT dan melalui hasil penyelidikan Dr Soon Chin Fhong,  AN INTEGRATED SYSTEM FOR MEASUREMENT AND MAPPING OF SINGLE CELL TRACTION FORCE.  Lebih membanggakan lagi, dua produk dari UTHM melalui produk Profesor Madya Dr Yusri bin Yusof telah menerima Anugerah khas International Intellectual Property Forum (IIPF) dan produk Profesor Madya Dr Anika Zafiah bt Mohd Rus telah menerima Anugerah Khas Korea Invention News melalui produk beliau : ECO-SMART MONOMER CONVERTER (ECO-SMOC).

PECIPTA 2013 yang merupakan kali ketujuh penganjurannya telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, YB. Dato' Seri Idris bin Jusoh pada 07 November 2013. Pertandingan pada kali ini telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori Terbuka, Kategori Pengkomersilan dan Kategori Penyelidik Muda telah menarik minat hampir 480 produk penyelidikan dan inovasi dari  peserta-peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.  Sebanyak tujuh penyertaan dari luar negara juga telah turut serta dalam PECIPTA 2013 ini.

Penglibatan UTHM dalam program ini jelas membawa impak yang besar kepada para penyelidik bila mana pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklu mbalas yang diterima serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajiaan Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013).



BERIKUT SENARAI NAMA PENYELIDIK

SENARAI PESERTA
 PERSIDANGAN DAN ESKPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA (PECIPTA 2013)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
NAMA PENYELIDIK
NAMA PRODUK
FAKULTI

PENCAPAIAN
PM Dr Badrul Bin Omar
Fuzzy-Concept
FKMP
EMAS
PM Dr. Yusri Bin Yusof
An Apparatus For Extraction Of Leaf Fibre (Palf M1)
FKMP
EMAS
Dr. Soon Chin Fhong
An Integrated System For Measurement And Mapping Of Single Cell Traction Force
FKEE
EMAS
PM Dr Mohd Irwan Bin Juki
Ring Type Of Waste Polyethylene Terephthalates Bottle (Rpet) Fibr
FKAAS
PERAK
PM Dr Muhammad Yusof Bin Ismail
Miniaturized Paper Based Substrate Antenna For Automotive Systems
FKEE
PERAK
PM Dr Anika Zafiah Bt Mohd Rus
Eco-Degradable Renewable Polymer
FKMP
PERAK
PM Dr Anika Zafiah Bt Muhd Rus
Eco-Smart Monomer Converter (Eco-Smoc)
FKMP
PERAK
Dr.Goh Kai Chen
Hybrid Multi Criteria Decision Making  In Wide-Area Energy Management System
FPTP
PERAK
Dr.Shahreen bte Kasim
Multingual Phrasebook for Android
FSKTM
PERAK
Dr Aeslina bt Abdul Kadir
Recyling Cigaretle Butts (Cbs) Into Fired Clay Bricks (Cb Bricks)
FKAAS
PERAK
En. Mohd Ezree Bin Abdullah
Green Pavement Technology Incorporating Nanoclay Modified Asphalt Binder
FKAAS
GANGSA
Dr Norzila Bte Othman
Enviro Sorbent For Heavy Metal Removal
FKAAS
GANGSA
PM Dr Nafarizal Bin Nayan
Nano-Cuo: Highly Sensitive And Low Power Voc Sensor
FKEE
GANGSA
Dr Siti Zarina bte Mohd Muji
Versatile Optical Learner
FKEE
GANGSA
Dr. Mohd. Khairul Bin Ahmad
Nanostructures Dye-Sensitized Solar Cell
FKEE
GANGSA
PM Dr. Badrul Bin Omar
Sim-Lhp
FKMP
GANGSA
Dr.Shahreen Bte Kasim
Multi Stage Filtering-Clustering Functional Annotation
FSKTM
GANGSA
Cik Faten Azmira Bte Zakaria
Daily Calorie Manager
FSKTM
GANGSA
En. Mohamad Aizi Bin Salamat
Wayfinding Application Using Dijkstra Algorithm
FSKTM
GANGSA
Pn.Suriawati Bt Suparjoh
Halal Product Tracking System Based On Qr Code
FSKTM
-



Dikeluarkan oleh:

SHAFRY BIN SALIM
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
'07-4537025    707-4536548