Friday, November 29, 2013

Naib Canselor UTHM terima anugerah Profesor Emeritus

Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Majlis Konvokesyen UMS Ke-15 yang telah diadakan di UMS baru-baru ini.

Anugerah tersebut diberikan bagi mengiktiraf sumbangan, jasa dan kepimpinan beliau sebagai salah seorang tokoh yang menerajui kepimpinan UMS dan pembangunan pendidikan di Negeri Sabah amnya.

Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains khususnya fizik merupakan Mantan Naib Canselor UMS yang mentadbir UMS dari tahun 2005 sehingga 2008. Beliau mula berkhidmat sebagai Profesor di UMS pada tahun 1995 dan telah dilantik sebagai Dekan pertama Sekolah Sains dan Teknologi pada tahun yang sama.  Pada pertengahan 1998, beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UMS. Sejak berkhidmat bersama UMS tokoh akademik lulusan Ph.D dari Imperial College, Universiti London, ini telah banyak menyumbang khidmat baktinya kepada UMS.

Beliau memulakan perkhidmatannya di UMS dengan dilantik sebagai Profesor dalam bidang Fizik dan sebagai Dekan pertama Sekolah Sains dan Teknologi. Pada tahun 2000, beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UMS yang pertama. Seterusnya sebagai Naib Canselor UMS yang kedua pada tahun 2005.

Tarikh: 25 November 2013

Dikeluarkan oleh:

SHAFRY BIN SALIM
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4537025    07-4536548

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.