1Penghuni 1Sukan Kini Dilancarkan di
Kolej Kediaman Perwira UTHM
Seiring dengan polisi 1Murid
1Sukan yang dilancarkan khusus untuk para pelajar di peringkat sekolah, Kolej
Kediaman Perwira Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) turut mengambil
langkah proaktif dengan melancarkan polisi 1Penghuni 1Sukan dalam kalangan
seluruh warganya.
Majlis pelancaran yang telah
disempurnakan oleh wakil rasmi kepada YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar & Alumni), UTHM iaitu Profesor Madya Dr Ahmad Rizal Bin Madar,
Pengerusi Majlis Pengetua Kolej-kolej Kediaman pada 27 Oktober 2013 bertempat
di Dataran Blok A, Kolej Kediaman Perwira.
Polisi 1Penghuni 1Sukan juga disemarakkan dengan
konsep rumah sukan yang turut mula dikembangkan pada September lalu, dengan
semua penghuni di Kolej Kediaman Perwira (KKP) menganggotai rumah sukan sama
ada Scarlet (Merah), Azure (Biru), Harlequin (Hijau) atau Aureolin (Kuning).
Pelancaran polisi ini telah
dimulakan juga dengan aktiviti senamrobik, larian obor oleh penyelaras dengan
diikuti ketua rumah-rumah sukan serta gimik perasmian dengan kemunculan skuad
all-terrain vehicle (ATV) yang diketuai oleh Dr Afandi Bin Ahmad, Pengetua
KKP. Kelangsungan majlis pada hari itu
juga diteruskan dengan seluruh warga KKP mewakili rumah sukan masing-masing
bagi merebut kejuaraan dalam Kejohanan Merentas Desa Piala Pengetua KKP Edisi
02.
Iltizam utama polisi 1Penghuni
1Sukan adalah ke arah memperkembang gaya hidup sihat dalam kalangan penghuni
KKP yang seterusnya menjayakan Pelan Transformasi Mahasiswa Holistik Perwira
dengan wawasan untuk melahirkan penghuni yang bukan sahaja cergas fizikalnya
malah cerdas minda dan santun pekertinya.
Dikeluarkan
oleh:
SHAFRY BIN SALIM
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
'07-4537025 707-4536548
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.