Thursday, October 20, 2011

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Eratkan Hubungan UTHM dengan Media


Dalam usaha menjalin hubungan yang erat di antara Universiti dan media massa, satu perlawanan bolasepak persahabatan antara Pasukan Veteran UTHM dan Kelab Media Johor telah dilangsungkan pada 15 Oktober yang lalu.

Perlawanan yang diaturkan oleh Unit Perhubungan Awam UTHM ini telah menyaksikan Pasukan Veteran UTHM telah berjaya menewaskan Kelab Media Johor dengan jaringan 3 -1. Gol-gol UTHM telah dijaringkan oleh saudara Abdul Halim Shah, Halim Sudin dan M. Najib Yakup.

Pasukan Kelab Media Johor ini disertai oleh wakil media yang beroperasi di negeri Johor seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM),TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Astro Awani, Bernama dan Kumpulan New straits Times (NST). Turut serta dalam pasukan Kelab Media Johor ini adalah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, Encik Soadi Mat Atar.

Perlawanan berlangsung dengan agak seimbang dan para penyokong kedua-dua belah pihak memberi sokongan dan sorakan yang berterusan di sepanjang perlawanan tersebut.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.