Thursday, July 28, 2011

Jawatankuasa Kerja Induk Majlis Konvokesyen Lawat Tapak Dewan Serbaguna

Jawatankuasa Kerja Induk Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke 11 telah dibawa melawat Dewan Serbaguna yang sedang dalam pembinaan pada 28 Julai lalu, diketuai oleh Tuan Haji Sulam Hamid, Pendaftar,UTHM.

Dewan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada akhir September 2011 menelan belanja sebanyak RM 30 juta dan setakat ini proses pembinaannya telah 72 peratus siap. Pembinaan dewan ini dijangka mengambil masa keseluruhan selama lapan bulan 10 hari.

Dewan Utama dijangka dapat menempatkan seramai 2500 orang manakala kawasan tingkat atas mampu memuatkan 500 orang dalam satu-satu masa.

Dewan ini juga dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti Bilik Santapan Diraja, Bilik Persalinan Diraja, Bilik Canselor dan Pro-Canselor.

Terdapat juga kemudahan lain seperti tempat letak kereta yang luas dan ruang menunggu untuk para ibu bapa serta tetamu yang hadir.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.