Tuesday, July 19, 2011

UTHM Sambut Rombongan Daripada 2 buah Sekolah

Hari ini kami menyambut rombongan daripada 2 buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Kota, Yong Peng dan Sekolah Menengah Vokasional Segamat.

Pengawas Perpustakaan SK Taman Seri Kota tengah dengar taklimat...
Seronok melayan gelagat pengawas-pengawas cilik yang begitu teruja melihat keadaan sekitar, di dalam dan di luar perpustakaan.Mula-mula mereka agak malu-malu bertanya soalan tetapi bila sudah dapat membiasakan diri, mereka pun mula meneroka sambil mula bertanya itu dan ini.

Rombongan dari sekolah menengah vokasional...
Semuanya pelajar lelaki, bakal-bakal jurutera ni. Memang boleh nampak kesungguhan mereka mendengar taklimat dan meninjau keadaan sebenar makmal Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, UTHM.

Pelajar-pelajar tersebut tidak melepaskan peluang untuk menyentuh rekaan hasil ciptaan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, UTHM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.