Wednesday, July 20, 2011

UTHM TUAN RUMAH PENGANUGERAHAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAN SIJIL DIRAJA ANUGERAH PENGAKAP RAJA 2011.


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menjadi tuan rumah untuk Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Pengakap Malaysia (PPM) serta Sijil Diraja Anugerah Pengakap Raja 2011 pada 23 Julai ini bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

Tunku Mahkota Johor, Duli yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berkenan mencemar duli untuk hadir menyempurnakan majlis ini.

Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, dan Ketua Pengakap Negara, Dato’ Seri Paduka Dr. Haji Shafie Haji Mohd Salleh, serta Naib Canselor UTHM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, dijangka turut hadir ke majlis ini.

Majlis Penganugerahan Pengakap Raja adalah majlis pengiktirafan kepada ahli pengakap yang memberikan komitmen penuh kepada pertubuhan dan banyak menyumbang jasa bakti kepada pengakap di negara ini. Seramai 250 anggota Pengakap akan terlibat di dalam penganugerahan kali ini.

Pengakap Raja adalah kelulusan ujian kepandaian tertinggi bagi ahli pengakap melalui satu sistem penilaian Lembaga Pentarafan Pengakap Raja berdasarkan skema yang ditetapkan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sijil Pengakap ini akan ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Duli-Duli Sultan dan Raja-Raja di Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.