Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima pengiktirafan
antarabangsa apabila berjaya memperolehi lima pingat emas, sembilan
pingat Perak dan satu pingat Gangsa dalam 25th International Invetion,
innovation & Techhnology Exhibition (ITEX) 2014 berlangsung pada 08
hingga 10 Mei 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Program yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi; Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah ini telah
mendapat penyertaan hampir 500 produk hasil penyelidikan dari Institusi
Pengajian Tinggi Awam dan pelbagai agensi dari luar dan dalam negara.
UTHM pada kali ini telah membawa sebanyak 15 produk untuk
dipertandingkan dalam pameran bertaraf antarabangsa ini.
Daripada lima pingat emas yang diperolehi, sebanyak tiga pingat emas
telah dimonopoli oleh Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar
(FKAAS). Lebih membanggakan lagi apabila produk hasil penyelidikan Dr.
Saiful Azhar Ahmad Tajuddin iaitu Inovative Technique to Remediate The
Barren Acidic Slope Using In-Situ Electrokinetic Remediation (i-EKR)
juga telah memenangi Anugerah Khas dari Association of Young Innavators
and Scientists Indonesia (AYISI).
Penyertaan UTHM dalam pameran seumpama ini memberi impak yang besar
kepada penyelidik. Program ini bertindak sebagai medium untuk mewujudkan
hubungan dan kerjasama dengan pihak industri dalam mengkomersilkan
hasil penyelidikan dan inovasi. Hasrat, minat dan maklumbalas yang
ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan
dapat meningkatkan lagi hasil pengkomersilan UTHM.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya
mencapai kejayaan cemerlang dalam 25th International Invetion,
innovation & Techhnology Exhibition (ITEX) 2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.