Sunday, August 30, 2015

FKEE agih bantuan kepada pelajar dan ibu tunggal

sumbangan-uthm-kepada-pelajar-dan-ibu-tunggal.png

1 Julai, Batu Pahat – Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) 2015, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengagihkan sumbangan berupa barangan keperluan dan wang tunai berjumlah RM4000 kepada 35 orang pelajar FKEE dan 10 orang ibu tunggal sekitar Parit Raja, Batu Pahat.

Pengagihan sumbangan tersebut dilakukan semasa berlangsungnya Majlis Iftar Perdana anjuran FKEE bertempat di Dewan Al-Farabi, Pusat Islam UTHM pada 1 Julai lalu. 

Majlis Iftar Perdana ini merupakan acara tahunan fakulti, bertujuan untuk merapatkan ukhwah dalam kalangan staf akademik dan bukan akademik fakulti. Turut hadir, Dr Rosli Omar, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa (TDAA), Dr Rozlan Alias, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TDHEP) dan pengarah program, Dr Jiwa Abdullah.

Majlis diselitkan dengan sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ir PM Dr Babul Salam bin KSM Kader Ibrahim diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan sunat Terawih secra berjemaah bagi merebut ganjaran pahala dan keberkatan di bulan yang mulia ini.
 
sumbangan-uthm-kepada-ibu-tunggal.png

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.