Pasukan KK Perwira UTHM mengungguli KKL 2015 dengan memenangi semua pertandingan yang dianjurkan
Selari dengan iltizam menjadikan Kolej Kediaman Perwira (KK Perwira) sebagai Kolej Kediaman Karbon- rendah yangpertama di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), pelbagai usaha dan langkah proaktif diambil. KK Perwira telahmenyertai Konvensyen Kampus Lestari (KKL) anjuran Kolej Ibu Zain (KIZ) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan(LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 30
April 2015, bertempat di Dewan Persidangan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Dengan tema "Kampus Lestari Cerminan Inovasi Mahasiswa", KK Perwira menyertai KKL 2015 dengan iltizamberkongsi pelan tindakan yang telah dilaksanakan dalam usaha melestarikan persekitaran sejak
2011. Dalam KKL 2015 juga, KK Perwira telah menyertai semua pertandingan yang dijalankan dan
ternyata penguasaan KK Perwira dalam ketiga-tiga pertandingan yang dijalankan tidak dapat dinafikan. Berikutadalah keputusan penuh pertandingan-pertandingan yang dijalankan:
Pertandingan
|
Keputusan
|
Wakil KK Perwira, UTHM
|
Pembentangan Lisan
|
Johan:
Kolej Ibu Zain (KIZ), UKM
Naib Johan:
Kolej Kediaman Perwira,UTHM
Ketiga:
Kolej Kediaman 4, UM
|
1. Shahmila A/P Shanmugam - FTK
2. Nurhawani Binti Ahmad Zamri - FKEE
3. Noor Zahin Bin Sukor - FKMP
|
Poster Amalan Kelestarian
|
Johan:
Kolej Kediaman Perwira,UTHM
Naib Johan:
Kolej Kediaman Perwira,UTHM
Ketiga:
Kolej Kediaman Perwira,UTHM
|
1. Muhammad Muzakkir Bin Mohd Nadzri - FKEE
2. Muhammad Yusuf Bin Marlah@Marlan - FKMP
|
Pameran Inovasi Hijau
|
Johan Keseluruhan
Kolej Kediaman Perwira,UTHM
|
1. Muhammad Shafiq Bin Nizar - FKEE
2. Raja Mohamad Arif Bin Raja Zainalabidin -FKMP
3. Mohammad Shaffiq Bin Mohammad Ridzuan -FKEE
4. Izat Mustaqim Bin Rosli - FKEE
5. Mohd Shafie Bin Nemmang - FKAAS
|
Dalam KKL 2015 ini menyaksikan pelbagai pasukan mengambil bahagian mewakili UKM, UM, UTM, UPM, UPSI, UIAM,UTHM, UCAM, UniMAP dan IPG Kampus Sultan Mizan. Ruang pameran inovasi hijau oleh KK Perwira UTHM dengan tema"zon kolej kediaman karbon-rendah" telah menarik ramai pengunjung atas kreativiti yang dipamerkan. Produk InoSis yangdiketengahkan hasil inovasi pelajar berjaya membuka mata banyak pihak faedah yang boleh diperolehi hasilpembiakan ikan dan penanaman tumbuhan secara hidroponik, selain penghasilan tenaga menerusi sistem solar. Selain itu, beberapa produk "upcycling" menerusi tayar terpakai dan botol minuman berjaya mencuri perhatian pengunjung. Dua (2) ekor arnab peliharaan yang dibawa dari Taman Simbiosis KK Perwira juga berjaya menambat hati mereka yang hadir.
Menerusi konvensyen ini, pelbagai ucap utama dan sesi diskusi dijalankan menyarankan agar usaha yang lebih seriusdiambil di semua peringkat berkaitan isu kelestarian. Apa yang jelas, kejayaan pelajar KK Perwira UTHM ini jugamenzahirkan komitmen semua pihak dalam melahirkan mahasiswa serba boleh, seiring dengan lonjakan pertama dalamPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 - 2025 [PPPM (PT)] ke arah melahirkan GraduanHolistik, Keusahawanan dan Seimbang. Pastinya kejayaan ini memberikan inspirasi kepada segenap warga UTHM.
Produk InoSis yang dipamerkan berjaya menambah hati pengunjung dalam KKL 2015
Zon pameran KK Perwira UTHM yang berjaya menggondol anugerah keseluruhan Pameran Inovasi Hijau dalam KKL 2015
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.