Wednesday, August 28, 2013

Kor SISPA UTHM kekalkan kejuaraan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diberikan penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Pentauliahan & Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Kali Ke-4 Tahun 2013 yang berlangsung pada 23 hingga 27 Ogos 2013 bertempat di kampus utama UTHM, Parit Raja.
Program ini merupakan acara tahunan dan diadakan secara bergilir di kalangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan kali ini UTHM berbesar hati untuk memikul tanggungjawab yang diberikan.
Kemuncak Majlis Pentauliahan & Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Kali Ke-4 Tahun 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Ogos 2013 bertempat di Padang Kawad, UTHM.
Majlis perbarisan serta penyampaian watikah tauliah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Yang Amat Setia Pesuruhjaya Pertahanan Awam Dato’ Sulaiman bin Keling, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM, Naib Canselor serta komandan-komandan dari IPT yang lain.
Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan acara Perbarisan Pentauliahan yang mana acara ini melibatkan aktiviti seperti pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat jalan, perbarisan menghadap serta penyampaian hadiah kepada kadet-kadet terbaik dari setiap IPT dan pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sebelumnya. Majlis kemudiannya disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM dan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Majlis perasmian yang telah berlangsung di Padang Kawad, UTHM telah disempurnakan oleh Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd. Kassim, wakil rasmi Naib Canselor UTHM merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Antara amanat yang telah disampaikan oleh beliau, “SISPA merupakan wadah terbaik dalam memupuk semangat kesukarelawan dalam diri mahasiswa. Latihan yang telah diadakan merupakan peluang kepada kita semua untuk menguji keupayaan dan kesediaan kita dalam menghadapi apa jua cabaran dengan berbekalkan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi. ”
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Pesuruhjaya (PA) Roslan bin Wahab, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Jabatan Pertahanan Awam, Prof. Dr. Hashim bin Saim, menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),Prof. Dr. Jailani bin Md. Yunos, Komandan Kor SISPA UTHM serta komandan-komandan dari IPT lain.
Program bermula dengan perbarisan masuk kontinjen-kontinjen dari 24 agensi iaitu 12 IPTA, 10 IPTS dan dua institut perguruan yang melibatkan seramai 233 orang pegawai kadet. Terdahulu UTHM telah menyediakan beberapa buah kolej kediaman untuk menerima kemasukan 1518 orang peserta dan pegawai pengiring.
Sepanjang empat hari berada di UTHM, para peserta telah mengikuti pelbagai acara dan pertandingan yang menguji kemahiran serta jatidiri mereka. Antara pertandingan kemahiran yang telah diadakan adalah kemahiran pertolongan cemas/medik, menyelamat aras tinggi, melawan kebakaran, kawad kaki serta explorace. Para peserta turut terlibat di dalam aktiviti khidmat masyarakat bertemakan ”alam sekitar” bersama penduduk sekitar kampus UTHM. Johan dua tahun berturut-turut dalam Perhimpunan Kebangsaan Kor SISPA Kali Ke-4 Tahun 2013
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diberikan penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Pentauliahan & Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Kali Ke-4 Tahun 2013 yang berlangsung pada 23 hingga 27 Ogos 2013 bertempat di kampus utama UTHM, Parit Raja.
Program ini merupakan acara tahunan dan diadakan secara bergilir di kalangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan kali ini UTHM berbesar hati untuk memikul tanggungjawab yang diberikan.
Kemuncak Majlis Pentauliahan & Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Kali Ke-4 Tahun 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Ogos 2013 bertempat di Padang Kawad, UTHM.
Majlis perbarisan serta penyampaian watikah tauliah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Yang Amat Setia Pesuruhjaya Pertahanan Awam Dato’ Sulaiman bin Keling, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM, Naib Canselor serta komandan-komandan dari IPT yang lain.
Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan acara Perbarisan Pentauliahan yang mana acara ini melibatkan aktiviti seperti pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat jalan, perbarisan menghadap serta penyampaian hadiah kepada kadet-kadet terbaik dari setiap IPT dan pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sebelumnya. Majlis kemudiannya disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM dan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Majlis perasmian yang telah berlangsung di Padang Kawad, UTHM telah disempurnakan oleh Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd. Kassim, wakil rasmi Naib Canselor UTHM merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Antara amanat yang telah disampaikan oleh beliau, “SISPA merupakan wadah terbaik dalam memupuk semangat kesukarelawan dalam diri mahasiswa. Latihan yang telah diadakan merupakan peluang kepada kita semua untuk menguji keupayaan dan kesediaan kita dalam menghadapi apa jua cabaran dengan berbekalkan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi. ”
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Pesuruhjaya (PA) Roslan bin Wahab, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Jabatan Pertahanan Awam, Prof. Dr. Hashim bin Saim, menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),Prof. Dr. Jailani bin Md. Yunos, Komandan Kor SISPA UTHM serta komandan-komandan dari IPT lain.
Program bermula dengan perbarisan masuk kontinjen-kontinjen dari 24 agensi iaitu 12 IPTA, 10 IPTS dan dua institut perguruan yang melibatkan seramai 233 orang pegawai kadet. Terdahulu UTHM telah menyediakan beberapa buah kolej kediaman untuk menerima kemasukan 1518 orang peserta dan pegawai pengiring.
Sepanjang empat hari berada di UTHM, para peserta telah mengikuti pelbagai acara dan pertandingan yang menguji kemahiran serta jatidiri mereka. Antara pertandingan kemahiran yang telah diadakan adalah kemahiran pertolongan cemas/medik, menyelamat aras tinggi, melawan kebakaran, kawad kaki serta explorace. Para peserta turut terlibat di dalam aktiviti khidmat masyarakat bertemakan ”alam sekitar” bersama penduduk sekitar kampus UTHM. UTHM juga telah berjaya menjadi johan dua tahun berturut-turut yang mana mengungguli johan secara keseluruhan setelah berjaya mendapat tempat pertama dalam explorace, menyelamat-CD skills dan juga pegawai kadet SISPA terbaik.


















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.