Thursday, August 22, 2013

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti & Sambutan Hari Raya Aidilfitri UTHM

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti & Sambutan Hari Raya Aidilfitri UTHM

Pada 20/8/2013 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tan Sri (Dr.) Ir. Jamilus Md Hussin dan turut dihadiri oleh semua 10 ahli lembaga pengarah UTHM.

Sebaik berakhir Mesyuarat LPU, semua ahli lembaga pengarah telah menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dewan Tunku Ismail Ibrahim UTHM. Pada sambutan ini semua staf turut memeriahkan majlis dengan lengkap berpakaian tradisional negara masing-masing. Antara juadah yang dihidangkan lemang, ketupat, kuih muih dan banyak lagi.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh pelajar dan juga staf UTHM. Majlis berakhir kira-kira pukul 1 tengahhari. Diharapkan silaturrahim yang terjalin akan diteruskan sepanjang masa untuk memajukan UTHM keseluruhannya. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.



Sekitar Mesyuarat Lembaga Pengarah













Sekitar Sambutan Hari Raya Aidilfitri UTHM.

















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.