Thursday, August 22, 2013

UTHM Tuan Rumah Pentauliahan & Perhimpunan Kebangsaan Kor SISPA 2013


PrintE-mail
Kor Sukarelawan Siswa Pertahanan Awam (Kor SISPA) merupakan salah satu badan beruniform yang diwujudkan di dalam IPT bertujuan memperkasakan kemahiran insaniah para mahasiswa khususnya dalam aspek pertahanan awam dan operasi menyelamat.

Seramai 1518 peserta dan pegawai pengiring dari 24 agensi yang terdiri daripada 12 IPTA, 10 IPTS dan dua institut perguruan akan akan terlibat dalam perhimpunan pada kali ini. Upacara perasmian perhimpunan ini akan diadakan pada 24 Ogos 2013 dan akan disempurnakan oleh Naib Canselor UTHM Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin.

Kemuncak acara bagi Perhimpunan ini adalah Majlis Pentauliahan kepada 233 orang pegawai kadet kor SISPA IPT yang terlibat. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijangka akan menyempurnakan Majlis Pentauliahan yang akan diadakan di Padang Kawad UTHM pada 27 Ogos 2013 ini .

Sepanjang empat hari berada di UTHM, para peserta akan mengikuti pelbagai acara dan pertandingan yang akan menguji kemahiran serta jatidiri mereka. Antara pertandingan kemahiran yang akan diadakan adalah kemahiran pertolongan cemas/medik, menyelamat aras tinggi, melawan kebakaran, kawad kaki serta explorace. Para peserta turut akan terlibat di dalam aktiviti khidmat masyarakat bertemakan alam sekitar bersama penduduk sekitar kampus UTHM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.