Tuesday, August 20, 2013

UTHM anjur Program Jalinan Kasih di Ambang Syawal

UTHM anjur Program Jalinan Kasih di Ambang Syawal
Serah sumbangan raya dan bubur lambuk serta program perpustakaan angkat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat telah menganjurkan Program Jalinan Kasih di Ambang Syawal bertempat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.
Menurut En. Rosmahalil Azrol bin Abdullah selaku Ketua Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat UTHM, program sebegini merupakan kesinambungan daripada program-program terdahulu yang telah diadakan di universiti sempena bulan ramadan dan program ini diadakan bertujuan untuk memberikan sumbangan dan sekaligus meringankan beban golongan yang memerlukan sempena Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. 
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Dr. Hajjah Azizah binti Riduan, Matron Hajjah Jamilah binti Yusof serta beberapa orang jururawat yang bertugas.
Lawatan serta sumbangan berbentuk wang tunai, hamper serta bubur lambuk telah diagihkan kepada 18 orang pesakit kanak-kanak di Wad Pedriatik hospital tersebut. Pihak universiti dengan kerjasama Pusat Islam UTHM telah menyediakan kira-kira 1200 bekas bubur lambuk untuk diagihkan kepada staf dan pelawat hospital tersebut. 
Sempena program ini juga satu majlis ringkas pelancaran perpustakaan angkat UTHM telah diadakan dan penyerahan buku sebagai simbolik pelancaran telah disampaikan oleh Tuan Haji Bharun Narosid, Ketua Pustakawan UTHM kepada Dr. Hajjah Azizah binti Riduan, Pengarah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.