Sunday, August 25, 2013

Majlis Pelepasan Kembara Mahkota Johor 2013

Pada 24 Ogos 2013 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Perasmian dan Pelepasan Kembara Mahkota Johor 2013 di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru dengan misi menjelajah ke semua 10 daerah di selatan tanahair itu. Acara yang julung-julung kali diadakan ini adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor.
Dengan tema 'Kembara Ke Arah Perpaduan', edisi ke-16 kali ini berlepas dari Dataran Menara Aqabah, Pasir Gudang melibatkan laluan lebih 1000 kilometer.
Upacara pelepasan disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohamad Aziz dan seramai 393 peserta mengiringi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang memulakan program Kembara Mahkota pada tahun 2001.
Turut hadir pada majlis pelepasan, Raja Zarith Sofia, dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin serta barisan Exco negeri.
Bagi hari pertama Kembara Mahkota akan merentasi daerah Pontian, Batu Pahat dan Muar.
Di situ Sultan Ibrahim berkenan mendekati rakyat dan menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan.

Kembara Mahkota Johor akan berakhir di Gelang Patah pada 27 Ogos ini.





























No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.