Tuesday, August 20, 2013

Pusat Sukan UTHM cemerlang dalam SUPSAT 2013

Pusat Sukan UTHM raih 3 perak dalam Karnival Sukan Antara Pusat Sukan IPTA kali pertama (SUPSAT)
Karnival Sukan Antara Pusat Sukan IPTA 2013 buat julung kalinya telah diadakan pada 7 hingga 9 Jun 2013 bertempat di UKM Bangi. Sebanyak 9 acara telah dipertandingkan iaitu karom, dart, tenpin boling (lelaki dan wanita) , olahraga, futsal lelaki, badminton (lelaki dan wanita) dan golf. Pusat Sukan UTHM telah menyertai sebanyak 5 acara yang dipertandingkan dan telah berjaya meraih 3 pingat perak menerusi acara futsal lelaki, badminton bergu lelaki dan badminton bergu wanita.

Karnival yang julung kalinya diadakan merupakan satu usaha bagi menggalakkan kerjasama dan persefahaman melalui sukan bagi ahli gabungan IPTA di kalangan staf Pusat Sukan Universiti. Karnival ini juga bertujuan untuk membantu membudayakan sukan dikalangan staf pusat sukan universiti serta memberi peluang kepada staf pusat sukan mengasah dan mengetengahkan bakat dalam sukan yang diceburi. Kemenangan meraih 3 pingat perak merupakan satu bonus bagi Pusat Sukan UTHM yang sebelum ini hanya mensasarkan 1 pingat sahaja berdasarkan kepada jumlah staf Pusat Sukan UTHM dan kekuatan staf sendiri. Kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan di kalangan staf pusat sukan yang terdiri daripada staf yang bukan daripada skim S (Sukan) malahan daripada skim N (Pentadbiran), J (Juruteknik) dan R (Pekerja AM).
Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada semua staf UTHM untuk meraih seberapa banyak pingat dalam Kejohanan Sukan Staf Antara IPTA (SUKUM) 2013 yang akan berlangsung pada bulan November 2013 nanti.

Disediakan oleh :
Shaid bin Jaffar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.