Sunday, December 2, 2012

UTHM promosi program siswazah di Batam, Indonesia

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah menganjurkan satu lawatan bertujuan mempromosikan program siswazah yang ditawarkan di UTHM ke beberapa institut pengajian tinggi (IPT) di Batam, Kepulauan Riau Indonesia pada 11 hingga 12 November lalu.

Program promosi UTHM ini melibatkan beberapa IPT seperti Sekolah Tinggi Islam Ibnu Sina (STAI IBNU SINA), Universiti Batam (UNIBA), Universiti International Batam (UIB) dan Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH). Manakala rombongan yang diketuai oleh Dekan PPS, Profesor Dr. Ahmad Shakri Mat Seman itu melibatkan dua orang tenaga pengajar iaitu Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan ), Profesor Madya Dr. Mohd Arif Agam dan Pensyarah Kanan Fakulti Sains,Teknologi dan Pembanguanan Insan, Dr. Rafiuddin Afkari.

Ketika lawatan ini diadakan, Profesor Madya Dr. Mohd Arif Agam berpeluang membentangkan kertas kerja bertajuk " Understanding Chaos and It's Philosophy Value: The Way to Get Through Your PhD Studies" kepada peserta dari pelbagai agensi sewaktu melawat ke STAI IBNU SINA. Pembentangan tersebut disusuli dengan penerangan mengenai latar belakang UTHM, program pengajian yang ditawarkan dan juga kaedah pengajian Pasca Siswazah di kampus ini.

Sementara itu, Profesor Madya Dr. Mohd Arif juga turut membentangkan kertas kerja bertajuk "Understanding Chaos and it's Philosophy Values: Using Internet in Getting Through Your Studies" sewaktu melawat ke Universitas Maritim Raja Ali Haji.

Sepanjang pertemuan itu, sambutan dan maklumbalas yang baik diterima oleh peserta rombongan. Kira-kira 20 permohonan kemasukan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD.) diterima sepanjang dua hari program berlangsung. Manakala borang permohonan tersebut diterima ketika kunjungan balas oleh wakil IPT yang terbabit ke UTHM pada 21 November lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.